Soalan 1
Afifah Berhanuldin
Assalamualaikum..Adakah
penggunaan jenis @ jenama ubat gigi yang berlainan penyebab karang gigi?
Jawapan:
Waalaikumussalam. Karang
gigi berpunca apabila plak gigi (kotoran) tidak dibersihkan dengan sempurna, menyebabkan
plak gigi bertukar menjadi keras membentuk karang gigi. Penggunaan mana – mana
jenis / jenama ubat gigi yang pelbagai di pasaran tidak menyumbang kepada
pembentukan karang gigi. Karang gigi tidak akan terbentuk jika pemberusan gigi
dijalankan dengan sempurna. Namun begitu, kita adalah disarankan menggunakan
ubat gigi yang berfluorida agar dapat membantu menguatkan struktur gigi dan
mengelakkan karies gigi / gigi berlubang.
Soalan 2
Afzan Mahdhusin
Ekoran pandemik C19,
kebanyakan klinik pergigian telah hadkan khidmat rawatan gigi, keadaan ini juga
telah menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan
Jawapan:
Ya, ekoran pandemic
COVID-19, perkhidmatan di klinik pergigian di hentikan sementara waktu kerana
risiko jangkitan di klinik pergigian sangat tinggi terutama ketika rawatan
pegigian dijalankan. Rawatan pergigian yang menghasilkan semburan air(aerosol)
perlu dijalankan di bilik yang berasingan, perlu dinyahkuman dengan teliti
setelah rawatan dijalankan. Ini menyebabkan kelewatan dalam menyediakan rawatan
bagi semua pesakit. Oleh itu, hanya pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan
yang akan diutamakan semasa pandemik COVID-19.
Soalan 3:
Tasnim Zahari
Assalamualaikum
doktor. Anak saya berumur 8 tahun. Saya dapati gigi hadapannya rosak. Jadi
rongak. Apabila saya perhati gigi baru ada yang tumbuh tapi tidak tersusun seperti
sepatutnya.
Jawapan:
Waalaikumussalam.
Jika umur telah mencapai 8 tahun, ia adalah masa untuk gigi susu (depan atas)
digantikan dengan gigi kekal. Jika puan dapati gigi susu masih berada di
tempatnya walaupun gigi kekal telah tumbuh, adalah dinasihatkan untuk ke klinik
pergigian dengan segera supaya gigi susu yang mengahalang laluan gigi kekal
tersebut dapat dicabut bagi membolehkan gigi kekal tumbuh dalam kedudukan yang
baik.
Soalan 4:
SUZLINAWATI BINTI ISMAIL
Jenis berus gigi
ada pelbagai jenis yang mana yang paling sesuai? Adakah umur mempengaruhi jenis
berus gigi? Ad jenis soft, medium dan hard.
Jawapan:
Berus gigi yang
sesuai adalah berbulu lembut(soft), dan mempunyai bentuk yang tirus/kecil
supaya dapat mencapai gigi di bahagian belakang. Penggunaan bulu medium &
keras tidak digalakkan kerana kajian membuktikan boleh menyebabkan luka pada
gusi. Penggunaan berus gigi dewasa adalah sesuai untuk orang dewasa dan berus
gigi kanak-kanak sesuai digunakan untuk kanak-kanak.
Soalan 5:
Pn Nor Fadlina
Sejauh mana keberkesanan rawatan pit and
fissure dapat mengurangkan risiko karies kepada gigi terutama gigi geraham?
Jawapan:
Rawatan pengapan fisur dan pit pada permukaan
gigi geraham akan dijalankan kepada pesakit yang mempunyai fisur dan pit yang
dalam. Bahan pengapan akan mengelakkan daripada makanan melekat di permukaan
fisur atau pit. Ini dapat mengelakkan kejadian karies gigi jika bahan pengapan
tersebut kekal.
Soalan 6:
Salam para doc. Bagaimana dgn saranan "Just
spit, don't rinse" yang sy pernah baca, ada pelbagai manfaat berbanding
kita rinse mouth after gosok gigi..And if we just spit, bila pula masa untuk
kumur guna mouthwash ?
Jawapan:
Saranan ‘Just spit, don’t rinse’ selepas
memberus gigi adalah amat digalakkan bagi kanak-kanak yang mempunyai risiko
tinggi mendapat karies gigi. Ini termasuk kanak-kanak yang berada di Kawasan
yang tidak mendapat sumber air berfluorida di kawasan tempat tinggal mereka
seperti beberapa kawasan di Kelantan. Ini bagi meningkatkan masa fluorida
daripada ubat gigi berada di permukaan gigi yang akan menjalankan proses pembentukan
semula lapisan yang telah terhakis (remineralisasi) di permukaan gigi. Lapisan
ini penting untuk melindungi gigi daripada rosak atau berlubang.
Penggunaan mouthwash yang mengandungi fluorida
juga adalah amat digalakkan bagi yang mempunyai risiko karies yang tinggi. Dinasihatkan
jika ingin berkumur dengan ubat kumur dilakukan pada masa yang berlainan dengan
berus gigi.
Soalan 7:
Afifah Berhanuldin
Adakah 10 sudu teh
gula sudah sesuai untuk diet penurunan berat badan?
Jawapan:
Kepada individu yang memang suka ambil makanan manis,
kena kurangkan pengambilan gula dan hendaklah sukat pengambilan kepada 10 sudu teh
sahaja. Terpakai juga untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Tapi
lebihkan pengambilan air kosong.
0 Comments