OBJEKTIF PERTANDINGAN FOTO INSTAGRAM
·
Mengekspresikan keyakinan diri dalam bentuk
gambar
·
Meningkatkan kesedaran para guru terhadap penyakit
karies gigi
·
Meningkatkan kesedaran para guru terhadap
penyakit gusi
OBJEKTIF PERTANDINGAN VIDEO INSTAGRAM REELS
·
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para guru
terhadap penyakit karies gigi
·
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para guru
terhadap penyakit gusi
·
Memperkasakan pengetahun para guru mengenai
amalan pencegahan yang boleh dilaksanakan bagi mengelakkan penyakit karies gigi
dan penyakit gusi
TEMA
Tema penganjuran Pertandingan Instagram Sempena Projek
Komuniti Kesihatan Pergigian, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM)
adalah “Sayangi Gigi dan Gusi Anda”.
SYARAT & TERMA PERTANDINGAN
·
Terbuka kepada semua peserta projek komuniti
kesihatan pergigian di Kelantan.
·
Penyertaan perlu mengikut langkah-langkah
penyertaan yang telah ditetapkan.
·
Gambar/ video yang diambil mestilah memaparkan
unsur-unsur sayangkan gigi dan gusi sendiri.
·
Peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) gambar/
video, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
·
Gambar/ video yang dikemukakan bagi tujuan
pertandingan ini mestilah karya asli dan kreatif yang diambil sendiri oleh
peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
·
Gambar/ video yang dimuatnaik tidak boleh
mengandungi sebarang elemen atau unsur-unsur negatif dan menyalahi
undang-undang.
·
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami semasa menyertai
pertandingan ini.
·
Dengan menyertai pertandingan ini, setiap
peserta bersetuju untuk memberi hak milik gambar-gambar/ video-video yang
dipertandingan kepada Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), USM dan berhak menggunakan
gambar-gambar/ video-video tersebut untuk tujuan promosi di media
cetak/elektronik dan media sosial PPSG, USM.
·
Pemenang akan dinilai berdasarkan gambar/ video
yang paling kreatif dan mempunyai “Like” yang banyak.
·
Pemenang akan diumumkan ketika siaran langsung Projek
Komuniti Kesihatan Pergigian secara atas talian oleh Jawatankuasa PPSG, USM
yang ditetapkan.
·
Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta
adalah tertakluk di bawah syarat dan terma pertandingan yang telah ditetapkan
oleh pihak PPSG, USM.
·
Keputusan panel juri/hakim adalah muktamad.
LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN
1.
Peserta perlu ‘Like’ dan ‘follow’ Instagram Page
dan Facebook Page Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), USM di @dental_smile_usmproject
(Laman Rasmi) sebagai syarat pertandingan.
2.
Hasilkan gambar/ video yang paling menarik dan
kreatif.
3.
Pastikan 'profile' anda dibuka untuk paparan umum (tetapan 'public')
4.
Muatnaik gambar/ video kreatif anda ke Instagram dengan 'hashtag'
#sayanggigigusi dan huraikan gambar/ video anda secara kreatif dengan
memastikan perkataan sayangi gigi dan gusi anda digunakan.
5.
Suntingan dan ubahsuai adalah bebas dan hanya
menggunakan Bahasa Melayu.
6.
Gambar/ video yang mempunyai tema ‘SAYANGI GIGI
DAN GUSI ANDA’ yang menarik dan kreatif serta mendapat ‘like’ terbanyak akan
dipertimbangkan sebagai pemenang.
7.
Kandungan gambar hendaklah jelas dan huraian
adalah berdasarkan fakta yang betul. Kandungan video hendaklah jelas, ringkas,
tepat dan berdasarkan fakta yang betul.
8.
Gambar/ video yang dihantar perlulah asli dan
diambil sendiri oleh peserta pada tahun 2021 sahaja.
9.
Pengumuman pemenang akan dilakukan ketika siaran
langsung Projek Komuniti Kesihatan Pergigian secara atas talian, di portal
rasmi Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), USM dan melalui direct message
di akaun Instagram masing-masing.
TEMPOH PERTANDINGAN
Tempoh Pertandingan Instagram Sempena Projek Komuniti
Kesihatan Pergigian, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) “Sayangi
Gigi dan Gusi Anda” adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh Pertandingan : 13 – 18 Mei 2021
Tarikh Tutup Pertandingan: 19 Mei 2021
Tarikh undian “Like” di Instagram Page (PPSG), USM : 19 - 20
Mei 2021
Tarikh Penilaian Pemenang : 20-21 Mei 2021
Tarikh Pengumuman Pemenang : 22 Mei 2021
KATEGORI PERTANDINGAN
Kategori individu/berkumpulan
Mengambil gambar/ video dengan usaha sendiri atau
berkumpulan dengan menggunakan telefon pintar atau mana-mana kamera yang
sesuai.
HAKMILIK & PENGGUNAAN
·
Peserta berhak terhadap hak cipta gambar/ video
yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, hak eksklusif diberi kepada penganjur
untuk mencetak semula, menerbit dan mempamerkan gambar/ video tersebut berserta
maklumat yang disertakan bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi dan komersial.
·
Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta
telah bersetuju memberikan hak milik/ hak cipta dan penggunaan serta
membenarkan pihak Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), USM untuk mengguna
semula, menyiarkan, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua
bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa sebarang
notis atau pembayaran royalti kepada para peserta.
PENAFIAN
·
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa
jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau
melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga.
·
Dengan penyerahan hasil karya kepada (PPSG), USM
secara automatik, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap
elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak
ketiga atau apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
·
Pihak (PPSG), USM mempunyai kuasa mutlak dan
berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa
sekiranya difikirkan patut dan perlu.
·
Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang
difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu
masa.
KRITERIA PEMARKAHAN
·
Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim
yang telah ditetapkan.
·
Penilaian dan penghakiman adalah berdasarkan
kepada pematuhan syarat-syarat dan format pertandingan seperti yang telah
digariskan.
·
Penilaian dan penghakiman terhadap karya gambar/
video adalah lebih tertumpu kepada tema “Sayangi Gigi dan Gusi Anda” secara
profesional.
·
Namun demikian, kualiti gambar/ video juga akan
diambil kira dalam pemarkahan. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan tiada
bantahan akan diterima.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN: dphusmcp@gmail.com
0 Comments